Friday, 6 January 2017

4 KESILAPAN 'RINGAN' DALAM KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH GURU-GURU MUDA

Telegram Nota & Soalan


Permulaan pengurusan kewangan para guru-guru muda yang baik bermula sejak dari usia muda lagi. Jika anda sudah tersilap langkah, anda mungkin terpaksa menanggun hutang yang banyak dan tidak pernah habis. Salah satu punca utama adalah kerana terlepas pandang beberapa kesilapan kewangan yang dianggap 'ringan' oleh mereka.



Tidak tahu aliran duit

Sebelum gaji masuk, pastikan anda sudah membuat rancangan yang teliti tentang penggunaan gaji yang bakal anda terima nanti. Buat satu pelan rancangan kewangan yang baik supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila gaji sudah masuk.
Kesilapan kecil ini menyebabkan anda sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.
Apabila wang dari gaji tersebut dibelanjakan tanpa arah tujuan, duit anda akan mengalir keluar dari poket anda dengan laju. Pastikan anda tahu tujuan wang anda digunakan walaupun untuk perbelanjaan kecil seperti belanja makan harian anda atau pergi menonton wayang.

Cara paling baik adalah dengan merekodkan perbelanjaan anda setiap hari. Melalui rekod yang telah anda buat, anda boleh melakukan satu analisis perbelanjaan bulanan anda. Anda dapat lihat bagaimana anda membelanjakan wang anda setiap bulan dan anda juga boleh membuat rancangan untuk bulan seterusnya.

Dalam pengurusan kewangan yang baik, anda seharusnya mengasingkan duit anda untuk simpanan, pelaburan, perlindungan dan perbelanjaan.


Kad kredit meningkatkan hutang

Salah satu fungsi kad kredit adalah memudahkan anda membuat bayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak. Namun, kad kredit kini telah disalahgunakan oleh kebanyakan guru-guru muda disebabkan fasiliti hutang yang mudah.
Kad kredit hanya memudahkan cara bayaran anda tetapi bukan meningkatkan jumlah perbelanjaan anda
Apabila sudah mempunyai hutang kad kredit yang banyak, ramai guru-guru muda terpaksa mengambil kad kredit yang lain untuk meneruskan gaya hidup yang tidak sihat itu. Antara kesilapan ringan yang dilakukan adalah tidak membuat atau menangguhkan bayaran selepas menggunakan kad kredit. Hal ini menyebabkan interest meningkatkan lagi hutang tersebut.


Pinjaman peribadi yang tidak pernah putus

Jika anda sudah terjebak dengan pinjaman peribadi, mungkin agak sukar untuk anda lepas atau bebas dari hutang tersebut. Dengan kadar faedah yang tinggi, masih ramai juga yang mengambil pinjaman peribadi untuk tujuan yang tidak penting.

Lebih menyedihkan lagi apabila ramai anak muda muflis disebabkan menggunakan pinjaman peribadi untuk tujuan menyertai skim-skim cepat kaya yang semakin banyak di Malaysia. Walaupun sering dinasihatkan supaya mengelakkan skim cepat kaya, masih ramai yang menyertainya kerana terlalu menginginkan wang yang banyak dan cepat.
Akhirnya, hutang terpaksa dibayar, untung tak pernah dapat.
Terdapat juga kes dimana ibu bapa memaksa anak mereka yang baru kerja untuk mengambil pinjaman peribadi untuk tujuan membuka perniagaan sendiri atau untuk menaiktaraf rumah mereka. Apabila ini berlaku, anak-anak tersebut terpaksa membayar hutang untuk jangka masa yang panjang dan sukar bagi mereka untuk membuat pembiayaan rumah terutamanya.


Kereta mewah dan rumah idaman

Memiliki kereta yang mewah dan rumah idaman memang menjadi impian setiap orang. Namun, pendapatan yang berbeza menyebabkan tidak semua orang mampu memilikinya. Masalah utama dalam pengurusan kewangan adalah apabila mereka yang bergaji rendah tetapi membeli kereta yang mahal.

Apabila baru memulakan kerja sebagai fresh graduate, anda tidak digalakkan untuk membeli kereta yang mahal kerana beban yang tinggi seperti ansuran bulanan, cukai jalan, insuran, maintenance, kos minyak, tol, parking dan lain-lain lagi. Ramai yang tidak mengambil kira kos-kos yang tersembunyi tersebut dan menyebakan rasa terbeban setiap bulan.
Fungsi kereta adalah untuk memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.
Selain itu, impian untuk beli rumah idaman bercirikan rumah landed, besar dan cantik menyebabkan ramai anak muda tidak beli rumah sampai sekarang. Mereka terlalu memilih rumah tanpa mengambil kira faktor-faktor kelayakan dan harga pasaran rumah di Malaysia. Dengan harga rumah yang semakin meningkat, anda tidak boleh lagi menangguh untuk beli rumah.

0 comments: