Sunday, 8 January 2017

Bertemu kali pertama semasa SPM. Kisah romantis guru pengawas dan isterinya

Telegram Nota & Soalan


[CIKGU BAIK]





Ececeh cikgu ni.. boleh tahan,' demikian usikan nakal dari rakan-rakan Facebook terhadap seorang guru lelaki yang secara tidak sengaja bertemu jodohnya di sekolah.


Gambar kenangan yang dikongsi oleh Bukhari Ibnu Alrazi, 35, dan isterinya, 25, pada 6 Januari 2015 lalu, kini kembali viral di media sosial. 

"Awal perkenalan sewaktu saya menjadi ketua pengawas SPM pada tahun 2009. Habis saja beliau SPM, terus propose dengan menghadiahkan lukisan buruk saya yang tertera nombor telefon. 

"Sebenarnya saya propose dia untuk dijadikan sebagai adik angkat sahaja. Tetapi dia propose saya untuk jadi suami. Sekarang, kami dah ada anak seorang," selorohnya.



Bukhari Ibnu Alrazi pada ketika itu berusia 27 tahun, mengambil gambar pelajar perempuan berkenaan yang pada ketika itu berusia 17 tahun itu tanpa pengetahuannya. 

Susulan perkongsian itu, ramai yang memuji kepandaian Bukhari melukis, malah ada yang sudah memasang niat mahu menjadi Pengawas SPM dan belajar melukis.

sumber : http://www.mybuletin.net/2017/01/mahu-lamar-dia-jadi-adik-angkat.html


0 comments: